Rabu, 31 Mac 2010

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Ketuai Penerima Darjah Kebesaran

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan, kurniaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam.

Beliau menerima Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria (Datuk Lela Negara); Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Che Yusoff (Datuk Bentara Luar) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias (Datuk Seri Setia Raja).

Seramai 70 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk termasuklah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Baginda juga berkenaan menganugerahkan Tengku Sri Jaya Raja, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz sebagai penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK)

Istiadat penganugerahan telah selamat diadakan di Istana Balai Besar di sini dengan permulaan 84 penerima dan disusuli dengan penerima lain pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

5 penerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) ialah Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra; Datuk Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Datuk Khairi dan Datuk Tan Kok Hwa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pula penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Peguam Datuk Sukri Mohamed dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pula menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK)

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) pula dianugerahkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah penerima tunggal Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP).

Lapan orang dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mej (B) Md. Anizam Abdul Rahman; Dr. Mohd Kaisan Abdul Rahman dan Mohd Kamil @ Rahim Kamil Sulaiman.

Seramai 11 orang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu Goh Gaik Meng; Mudir Pondok Pasir Tumboh, Hashim Abu Bakar; Leon Emil Le Mercier; Mohd. Khidir Yaacob; Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Normah Md. Yusoff.

Pegawai tentera di Pejabat Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia, Brig. Jen. Abdul Halim Jalal penerima tunggal Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).

Komander Markas Briged Artileri Roket Kem Sungai Besi, Brig. Jen. Razali Mohd. Regen dan Ketua Pengarah Perumahan dan Pembinaan Kementerian Pertahanan, Brig. Jen. Zahari Din masing-masing menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).

Seramai 21 orang lagi menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) antaranya Ketua Trafik Pasukan Cawangan Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Ahmad Mahmood.

Seramai 13 orang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) termasuklah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Ab. Aziz Kassim; Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar dan Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan, Azlan Ab. Halim.

Juga Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Halim Man; Ketua Bahagian Operasi Penerbangan Firefly, Jalil Mat Dom dan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara, Datuk Dr. Muhamad Hamzah.

Baginda juga berkenan menganugerahkan Ahli Yang ketiga (Taulan) bagi Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima manakala empat orang menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).

Selain itu dua individu menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK), dua penerima Ahli Yang Kehormat Yang Ketiga (Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK).










Tiada ulasan:

Catat Ulasan