Rabu, 24 Mac 2010

Ku Li dilantik sebagai orang tengah untuk runding royalti minyak


Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah bersetuju untuk melantik YBM Tengku Razaleigh Hamzah , pengasas Petronas yang juga antara individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian dan penyerahakkan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas yang diwakili beliau pada 9 Mei 1975 sebagai orang tengah atau perunding bagi pihak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan bayaran royalti petroleum Kelantan.

Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada pemberita oleh YB Dato Haji Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Salor sejurus selesai Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan hari ini



Petikan Harakahdaily seperti berikut;-


KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi mengenainya akan dihantar hari ini juga.

Menurutnya lagi, mesyuarat Exco hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai wakil kerajaan untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Jelasnya, pelantikan itu tidak melibatkan apa-apa bayaran daripada kerajaan negeri kepada Razaleigh.

“Kita berharap Tengku (Razaleigh) akan bersetuju sebab sebelum ini Tengku ada menawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu,” ujarnya ketika ditanya sama ada veteran Umno itu bersetuju atau sebaliknya dengan pelantikan itu.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 rakyat Kelantan dalam ceramah perdana tuntutan petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV akhir 

Januari lalu berkata Kelantan berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus.

Beliau sekali lagi menyatakan perkara itu ketika berucap pada satu program anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu tetapi tidak setuju isu tuntutan itu dibawa ke mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan