Rabu, 24 Mac 2010

Siasatan Pembalakan Haram

Siasatan Pembalakan Haram

Manek Urai (23-03-2010) - Satu siasatan mengejut dilakukan di satu kawasan hutan simpan di Sungai Sam , Manek Urai yang dikatakan berlakunya satu aktiviti pembalakan haram. Rombongan siasatan ke kawasan tersebut bermula pada jam 4.30 ptg yang diketuai oleh EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa sendiri yang diringi oleh 5 orang Renjer Pejabat Perhutanan Kuala Krai dan 4 Orang Penguatkuasa PTG ( Pejabat Tanah dan Galian) .

Dalam rombongan tersebut, didapati terdapat beberapa aktivi pembalakan haram yang giat dijalankan memandangkan dalam kawasan tersebut terdapat 3 buah jentolak yang digunakan untuk mengalih kayu yang ditebang dan didapati bahawa kayu - kayu yang di tebang masiih lagi baru dan basah.

Rombongan siasatan telah membuat laporan polis tentang kegiatan aktiviti ini dan ranjer hutan diarahkan untuk 'seal' jentolak tersebut.

Dalam perjalanan pulang rombongan siasatan ini, hujan telah turun dan menyebabkan jalan berlopak. Ini menyebabkab kenderaan yang dinaiki rombongan telah mengalami sedikit masalah dan menyebabkan kenderaan pasukan rombongan mangalami kemalangan. 

Rombongan siasatan ini telah diselamatkan oleh pasukan polis dan renjer hutan.

Misi siasatan ini berakhir pada lebih kurang jam 10.00 malam.

1 ulasan:

  1. bgus dato turun padang teruskan usha2 murni ni

    BalasPadam