Khamis, 25 Mac 2010

Lantikan Sebagai Orang Tengah: Ku Li Beri Respon Positif

Semalam dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kelantan telah membuat keputusan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang tengah antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah Royalti Petroleum dan Gas Kelantan.

Beberapa Pegawai Ku Li ketika dihubungi semalam mengesahkan bahawa Ku Li menyambut baik dan memberikan respon positif diatas perlantikan tersebut.

"Ku Li nampaknya gembira dengan perlantikan tersebut dan memberikan respon yang positif. hanya menunggu surat rasmi dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengesahkan penerimaan perlantikan tersebut".

"Mesti ada 'black and white', baru boleh sahkan, setakat petang ini, belum terima lagi, lagi cepat, lagi bagus, lagipun Ku Li dah lama tawarkan diri untuk jadi orang tengah. tak ada sebab untuk Ku Li tolak. nampak sangat-sangat positif Ku Li terima dengan hati yang terbuka perlantikan tersebut", kata sumber yang rapat dengan Ku Li.

Perlantikan Ku Li dilihat akan memudahkan lagi urusan dan perbincangan kerana Ku Li merupakan individu yang merangka Perjanjian yang ditandatangani oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas pada tahun 1975.

PM Najib akan lebih mudah faham akan perkara sebenar yang terkandung didalam perjanjian sementelah lagi urusan merangka Perjanjian tersebut melibatkan bapa PM Najib sendiri dan juga Ku Li.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan