Selasa, 6 April 2010

Brunei Lebih Takutkan Laknat Dari Allah

Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

Sumber - myMetro

Hairan, pelik dan ajaib... kenapa Negara Malaysia yang Pimpinan Tertingginya dari Parti UMNO/BN tidak berani mangambil tindakan yang sedemikian?

1 ulasan:

  1. KAMU SEMUA ORG KENE INGAT HASIL DARI ARAK DAN PELACURAN DLM NEGARA KITA SEKARANG DAH JADI SEBAHAGIAN DARI PENDAPATAN NEGARA. JADI SOAL HALAL/HARAM SUDAH TAK DIAMBIL KIRA LAGI. MUSNAH MALAYSIA NI TAK LAMA LAGI. SAMA2 KITA TUNGGU DAN LIHAT.

    SALAM.

    BalasPadam