Jumaat, 9 April 2010

Adik Muhammad Fahrin Shakirin

Penyeri keluarga ke-2 pasangan Muhammad Fazrol dan Sofeenaz Ruhana ini lahir pada bulan Jun, 2007 - kurang sebulan dari tarikh dijangka melihat Alam ciptaan Allah, Pencipta seluruh alam. Dia yang menjadikan kita dan Dia yang lebih berhak menentukan segalanya. sebagai makhluk ciptaan-Nya, kita hanya mampu merancang, berusaha berdoa dan berserah kepada-Nya.

Lahir dalam keadaan tidak cukup bulan (8 bulan dalam kandungan) berkemungkinan besar untuk seseorang bayi itu dihidapi penyakit sejak lahir dan inilah yang berlaku kepada adik Muhammad Fahrin Shakirin di mana dalam usia 2 bulan, anak istimewa ini disahkan oleh Doktor sebagai penghidap penyakit Jantung Berlubang.

Mujur juga keadaan kesihatan adik Fahrin tidak selalu terganggu seperti anak-anak istimewa yang lainnya yang juga mengidap penyakit kronik ini. hari-hari lainnya, anak istimewa ini membesar seperti sediakala,

Seperti anak-anak kecil lainnya, adik Fahrin juga menjalani kehidupan yang lasak, sama seperti rakan-rakan sebayanya. bezanya adik Fahrin tidak dapat bertahan lama, badan anak kecil ini lekas letih, simptom biasa bagi pesakit-pesakit jantung berlubang.

Setiap bulan anak ini akan dibawa oleh ibu-bapanya ke Hospital untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. rutin biasa yang dijalani sejak lebih 2 tahun lalu. Hospital, pemeriksaan, rawatan dan ubat-ubatan adalah perkara biasa bagi si kecil ini. bersyukur kita kerana kita diberi nikmat yang lebih oleh sang Pencipta.

Alhamdulillah sujud syukur kepada Allah kerana limpah kurnia-Nya kepada kita.

Beberapa bulan lepas, anak kecil ini telah ditahan di wad selepas tubuhnya lemah dan pihak Hospital telah memaklumkan bahawa penyakit jantung Fahrin telah menjadi semakin serius dimana Fahrin bukan sahaja menghidap penyakit jantung berlubang, malahan jantungnya juga telah mula membengkak dan paru-parunya juga telah dijangkiti kuman.

Tubuh anak kecil ini mula kelihatan lemah dan pucat.

Pihak Hospital juga telah memaklumkan kepada pasangan Fazrol dan Sofeenaz bahawa anak istimewa ini perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan penyakit jantung berlubangnya supaya kelak, tidak akan bermasalah di kemudian hari.

Kos pembedahaan sebanyak RM12,000 perlu diusahakan. tarikh pembedahan telah ditetapkan oleh pihak Hospital iaitu pada 12hb. April, 2010 dan akan dilakukan di Institut Jantung Negara. terlepas tarikh ini, bermakna 1 kerugian kerana listing pesakit jantung berlubang bukan sedikit. beribu-ribu lagi anak-anak istimewa lainnya menunggu peluang keemasan ini.

Bapa kepada anak Istimewa ini, Encik Muhammad Fazrol dan isterinya Sofeenaz Ruhana bukanlah orang berada yang hidupnya mewah. sekadar bekerja sendiri membuat berbagai kerja-kerja kampung seperti orang kebanyakan membuatkan keluarga ini agak resah memikirkan kos pembedahan sebanyak RM12,000 yang terpaksa disediakan demi masa depan anak mereka.

Berbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak mamungkinkan untuk mereka menyediakan jumlah wang tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan.

Syukur juga bila ada yang mengesyorkan supaya keluarga ini mencuba untuk memohon bantuan kewangan daripada Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan sebagai jalan terakhir.

Semua prosedur permohonan dipenuhi mengikut proses dan hari ini, sekeping cek bernilai RM8,000 diterima keluarga ini hasil sumbangan Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan dibawah program Kebajikan dan diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga ini.

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Haji Husam Musa melalui Pegawai Khasnya Encik Kamarulzaman Haji Abdullah telah menyampaikan sumbangan tersebut di Pejabatnya di SUK tengahari tadi setelah selesai semua urusan dan proses yang perlu dipenuhi.

*Dato' Haji Husam Musa tidak dapat menyampaikan sendiri bantuan tersebut kerana terpaksa bertolak ke Negara China malam tadi atas urusan Rasmi.

Sama-sama kita berdoa memohon kepada Allah agar pembedahan adik Muhammad Fahrin Shakirin berjalan dengan selamat dan lancar. anak-anak kecil ini adalah generasi masa depan yang bakal memangkir negara tercinta kita Malaysia dan seharusnya anak-anak kecil ini diberi sebaik-baik perhatian agar tidak sukar bagi mereka menempuh masa depan.

Anak-anak sebagai mutiara, ini bukan pemberian dari Allah. anak-anak adalah "anugerah" dari Allah. belailah mereka sebaik-baiknya, berikan yang terbaik untuk mereka. sedangkan binatang yang tiada berakal mengasihi anak mereka, apa lagi kita yang diberi akal.

Pegawai Khas Dato' Husam Musa - Kamarulzaman Haji Abdullah menyampaikan cek berjumlah RM8,000 kepada Encik Muhammad Fazrol sebagai sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan bagi meringankan beban keluarga ini.
Adik Muhammad Fahrin Shakirin dan ibunya Puan Sofeenaz Ruhana.

1 ulasan:

  1. salam dato'
    sy tertarik dengan artikel ini.sy juga lebih kurang mempunyai nasib seperti pasangan di atas. malah sy seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang istimewa juga. dia menghidap congenital rubella syndrome dari dalam kandungan lagi. setelah dilahirkan baru dapat tahu yang die menghidap syndrome ini. selain jantungnya berlubang, dia menghidap jaundice selama 1bln lebih sejak dari lahir. selain itu, penglihatannya terhad dan telah menggunakan cermin mata sejak umurnya 4bulan untuk melihat. dia juga tidak boleh mendengar. pertumbuhannya agak lambat sedikit berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. dia skg sudah 1thn 6bln tapi masih belum boleh bejalan dan duduk sendiri. hanya boleh mengensot buat masa ini.merangkak tu dalam proses. dalam sebulan 2-3 kali dia akan menjalani physiotherapy untuk merangsang pergerakannya. tapi, Alhamdulillah lubang dijantungnya telah ditutup semasa umurnya 3bulan. dan pembedahan di IJN itu telah habis belanja sehingga rm13,000 lebih. sy yang belum bekerja pada masa itu hanya mengharap belas saudara-mara. selepas bercerai pada awal tahun ini, sy menyara anak sy ini dngn gaji yang tak seberapa. sy bukan nk mintak belas kasihan tapi hanya mahu berkongsi cerita. sekian...salam.. nadiashukor@yahoo.com

    BalasPadam